Trafik ke utara, selatan sesak, laluan smart lane diaktifkan di beberapa lokasi

Keadaan aliran trafik mula perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 10 April ketika tinjaua di Plaza Tol Gombak menuju ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini. Foto Bernama
Keadaan aliran trafik mula perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 10 April ketika tinjaua di Plaza Tol Gombak menuju ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang sesak petang ini susulan peningkatan warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri dan mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya yang akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik ke utara sesak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Bukit Lanjan ke Rawang, Kawasan Rehat dan Rawat Rawang ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Tapah ke Gopeng dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

"Empat lorong Smart Lane juga telah diaktifkan bagi laluan ke utara melibatkan Kawasan Rehat dan Rawat Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Gua Tempurung ke Gopeng dan Bukit Tambun ke Juru, laluan ini diaktifkan sehingga ke 7 malam ini,” katanya.

Menurut jurucakap itu, bagi laluan ke selatan, kesesakan dilaporkan berlaku di Nilai ke Bandar Ainsdale, Port Dickson Selatan ke Pedas Linggi dan Kulai ke Sedenak.

"Lorong Smart Lane juga telah diaktifkan antaranya di Nilai ke Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Ayer Keroh ke Hentian Sebelah Bemban dan Kulai ke Senai,” katanya.

Beliau berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, trafik adalah terkawal dan kesesakan hanya berlaku dari selepas Plaza Tol Gombak sehingga ke Terowong Genting Sempah.

"Trafik sesak sepanjang 13 kilometer berikutan hujan selain bertambahan kenderaan serta laluan mendaki di lokasi,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: