KDA FC dapat tonik semangat

Kerjasama tersebut meliputi slot Penaja Utama Jersi Pra-Musim 2024/25 dan pelbagai aktiviti bersama KDA FC sepanjang musim ini.
Kerjasama tersebut meliputi slot Penaja Utama Jersi Pra-Musim 2024/25 dan pelbagai aktiviti bersama KDA FC sepanjang musim ini.
A
A
A

KELAB utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat tonik semangat menjelang saingan Liga Super 2024 /25 yang menyingkap tirai bulan depan.

Pengurusan Sang Kenari mengumumkan menerima penajaan daripada AR AB Group Sdn Bhd untuk musim ini bernilai RM100,000.

Kerjasama tersebut meliputi slot Penaja Utama Jersi Pra-Musim 2024/25 dan pelbagai aktiviti bersama KDA FC sepanjang musim ini.

"AR AB Group Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan di bawah beberapa jenama, antaranya, Arab Street yang menawarkan produk bundle, preloved dan vintage di Jalan Sultan Badlishah (tapak Kedah Shopping Center dahulu).

"Mereka juga menawarkan Arab Kitchen dan Arab Steakhose, restoran makanan dan minuman atau berkonsepkan ‘shellout’ terkenal di Kedah beroperasi di Kepala Batas, Pendang, Sungai Petani, Kulim dan Kangar, Perlis," katanya pada Selasa.

Pengumuman menerusi laman media sosial itu juga menjelaskan, jersi Pra-Musim 2024/25 Sang Kenari edisi terhad akan dilancarkan selepas Hari Raya nanti dan akan dibuka untuk tempahan kepada peminat sebagai koleksi barangan cenderahati KDA FC.

"Seiring dengan usaha menarik ramai lagi usahawan dari Kedah untuk bekerjasama dengan KDA FC, kesudian pihak AR AB Group Sdn Bhd amatlah dihargai, menyuntik sokongan dan motivasi kepada pihak pengurusan untuk terus mencipta ekosistem perniagaan sihat bersama syarikat tempatan.

"Kepercayaan yang dizahirkan menterjemah sokongan semua pihak berkepentingan tanpa had amain tertentu di Kedah mampu membantu ekosistem penajaan bola sepak bersama KDA FC," ujar kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28