RM11.7 juta dari KPKT untuk Perak

Zuraida meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat Pasar Awam Kuala Kangsar hari ini.
Zuraida meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat Pasar Awam Kuala Kangsar hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM11.7 juta bagi beberapa projek naik taraf pasar awam serta beberapa kemudahan lain di di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak.

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menerima peruntukan tertinggi dalam lawatan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin iaitu lebih RM5 juta bagi naik taraf Pasar Awam Kuala Kangsar, pembinaan dewan dan naik taraf sistem siar raya serta pendingin hawa Dewan Serbaguna Chandan Puteri.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, menerusi lawatan kerja dua hari di Perak, beberapa peruntukan disalurkan untuk kerja-kerja naiktaraf pasar awam, dewan orang ramai, arked perniagaan dan sebagainya.

"Kita sedia maklum bahawa Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja dan sering dikunjungi delegasi asing untuk bertemu dengan Sultan Perak selain bandar ini terdapat Universiti Sultan Azlan Shah. Dengan ada beberapa naik taraf yang dibuat akan meningkatkan imej Bandar Kuala Kangsar ini.

No Image Caption

"Malah kita berharap supaya MPKK meletakkan sasaran menjadi sebuah bandar raya selari dengan imej Bandar Diraja dalam masa dua tahun," katanya kepada pemberita di Bangunan MPKK di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari; Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Iskandar Dzulkarnain dan Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad.

Terdahulu, Zuraida mengadakan lawatan di sekitar Pasar Awam Kuala Kangsar bersama-sama tetamu kehormat meninjau keadaan pasar awam yang akan dinaik taraf.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam lawatan pertama ke Perak yang bermula di Kuala Sepetang, Zuraida meluluskan peruntukan RM2 juta bagi pembangunan menaik taraf Jeti Kuala Sepetang supaya lebih moden dan meningkatkan keselesaan kepada pelancong.

Beliau kemudiannya mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu untuk pembinaan beberapa tempat makan yang sebagai usaha menarik lebih ramai pengunjung.

Menurut Zuraida bagi Majlis Daerah Gerik, KPKT memperuntukkan RM3.7 juta untuk menaik taraf pasar awam dan arked perniagaan.