Penumpang cemas, bas terbabas langgar pondok polis

Sebuah bas membawa 11 penumpang terbabas dan melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, pada Selasa.
Sebuah bas membawa 11 penumpang terbabas dan melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, pada Selasa.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kira-kira 11 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terbabas dan melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kejadian pada jam 9 pagi itu berlaku di laluan bas KSAB namun tiada penumpang atau pemandu yang cedera.

"Siasatan mendapati punca kemalangan berpunca daripada kerosakan brek bas. Kes disiasat di bawah Kaedah 10(A)(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59).

"Boleh didenda RM300 jika sabit kesalahan” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu tular dalam media sosial foto sebuah bas penumpang melanggar pondok polis di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) dekat sini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: