Tiga penumpang cedera, bas ekspres terbalik

Anggota bomba membantu penumpang bas ekspres yang cedera - Foto bomba
Anggota bomba membantu penumpang bas ekspres yang cedera - Foto bomba
A
A
A

KLUANG - Tiga penumpang cedera manakala 34 yang lain termasuk seorang pemandu terselamat apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan I, Abd Rahim Razali berkata, enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 pagi.

"Sebaik tiba terdapat sebuah bas ekspres yang dinaiki 37 penumpang termasuk pemandu serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan terbabas dan terbalik.

Bas ekspres terbabas dan terbalik di kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Rabu. - Foto bomba
Bas ekspres terbabas dan terbalik di kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Rabu. - Foto bomba

"Anggota telah mengeluarkan tiga orang mangsa yang terperangkap di dalam bas dengan dibantu penumpang lain.

"Mangsa lelaki patah kaki manakala seorang wanita patah tulang tengkuk dan seorang lagi cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan operasi ditamatkan pada jam 5.10 pagi.

Artikel Berkaitan: