Air laut jadi jernih kerana kekurangan nutrien

Tinjauan mendapati, keadaan air laut di Padang Kota Lama jernih dan tidak seperti biasa yang berkeladak dan keruh.
Tinjauan mendapati, keadaan air laut di Padang Kota Lama jernih dan tidak seperti biasa yang berkeladak dan keruh.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kejadian air laut jernih di Padang Kota Lama di sini sejak beberapa hari lalu berkemungkinan kerana kekurangan nutrien dalam air selain cuaca panas menyebabkan kandungan Phytoplankton berkurangan.

Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, selain faktor itu, sedimen lain seperti selut dan pasir yang termendap di dasar laut juga dipercayai faktor kepada berlakunya air jernih.

"Kejernihan atau kekeruhan air dipengaruhi oleh kepekatan sedimen terlarut dalam air laut. Phytoplankton atau sedimen lain seperti pasir, selut dan sebagainya menyumbang kepada kekeruhan air.

"Dalam hal ini, kemungkinan nutrien yang kurang dalam air serta cuaca panas menyebabkan Phytoplankton berkurangan. Selain itu, sedimen lain seperti selut dan pasir termendap di dasar menyebabkan air jernih," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambah Fahmi, untuk pengesahan saintifik, analisa air perlu dijalankan.

"Secara teori, keadaan ini disebabkan cuaca.

"Bagaimanapun, untuk lebih tepat, analisa air perlu dibuat," katanya lagi.

Kejadian air jernih dipercayai akibat kekurangan nutrien di dalam air selain cuaca panas menyebabkan kandungan Phytoplankton berkurangan.
Kejadian air jernih dipercayai akibat kekurangan nutrien di dalam air selain cuaca panas menyebabkan kandungan Phytoplankton berkurangan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi pemancing, Ahmad Hamizan Rozaini, 20, kejadian air jernih itu adalah perkara biasa berikutan ia akan berlaku setiap kali air laut mati.

Pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam itu berkata, keadaan air juga akan bertukar menjadi jernih pada waktu air pasang.

"Ini (kejadian) biasa, memang selalu jadi. Selalunya waktu air mati atau air pasang. Ketika air mati atau air pasang, air tenang dan kurang arus. Oleh itu, keladak atau selut di bawah tidak terkocak, sebab itu air jadi jernih.

"Jika air dalam keadaan biasa, arus kuat, keladak akan naik menyebabkan air menjadi keruh. Saya selalu memancing di sini, seminggu empat hingga lima kali. Dah biasa tengok air macam ini di sini," katanya ketika ditemui di Padang Kota Lama di sini.

Ahmad Hamizan mendakwa, kejadian air jernih itu akan berterusan sehingga akhir bulan ini.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kejadian air laut jernih di Padang Kota Lama berikutan selama ini, air laut di kawasan tersebut keruh dan berkeladak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!