Pahang biaya kos rawatan penjawat awam, pesara negeri di SASMEC@IIUM

Kerajaan Pahang bersetuju membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), berkuat kuasa mulai bulan ini.
Kerajaan Pahang bersetuju membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), berkuat kuasa mulai bulan ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), di sini berkuat kuasa mulai bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada 3 April lalu.

Katanya, ia merupakan inisiatif kerajaan negeri secara berterusan dalam memastikan kebajikan penjawat awan terus dijaga.

"Pembiayaan kos rawatan ini meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implant.

"Pembiayaan kos rawatan bagi kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa berkanun (PBB) pula meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, NF serta implant adalah ditanggung agensi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujar Wan Rosly, keputusan ini secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku di hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.

"Saya mengharapkan menerusi pembiayaan ini, penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri dapat menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan di SASMEC@IIUM dengan sebaik-baiknya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: