Rundingan Kaherah: Ini matlamat Hamas…

Menurut Hamas, antara matlamat yang ingin dicapai pasukan pejuang itu dalam Rundingan Kaherah adalah perjanjian yang mencapai pemberhentian sepenuhnya pencerobohan oleh tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
Menurut Hamas, antara matlamat yang ingin dicapai pasukan pejuang itu dalam Rundingan Kaherah adalah perjanjian yang mencapai pemberhentian sepenuhnya pencerobohan oleh tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
A
A
A

KAHERAH - Delegasi dari kumpulan pejuang Palestin, Hamas berada di Kaherah, Mesir bagi menyertai Rundingan Kaherah.

Susulan sesi rundingan itu, Hamas mengeluarkan kenyataan yang memperincikan matlamat yang ingin dicapai dalam rundingan yang diketuai Mesir.

Turut serta dalam rundingan itu ialah Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) serta Bill Burns, delegasi Israel.

Hamas berkata, matlamat yang ingin dicapai dalam Rundingan Kaherah adalah seperti berikut:

• Perjanjian yang mencapai pemberhentian sepenuhnya pencerobohan oleh tentera Israel.

• Pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza.

• Pembebasan tanpa bersyarat pelarian di Semenanjung Gaza ke kawasan dan tempat kediaman mereka.

• Bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dan permulaan pembinaan semula.

Artikel Berkaitan:

• Perjanjian untuk membebaskan tahanan Palestin sebagai pertukaran untuk membebaskan tahanan Israel yang dalam tawanan Hamas dan kumpulan lain di Gaza. - Al Jazeera


Hamas adakan perbincangan dengan Ketua Perisikan Mesir

Dalam pada itu, Delegasi Hamas pada Ahad mengadakan perbincangan dengan ketua perisikan Mesir di Kaherah mengenai usaha mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan perjanjian pertukaran tebusan dengan Israel.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, delegasi daripada pergerakan itu tiba di Kaherah dan bertemu dengan Abbas Kamel, lapor Agensi Anadolu.

"Delegasi itu menekankan tuntutan Hamas, keinginannya untuk mencapai persetujuan yang akan mencapai pemberhentian sepenuhnya permusuhan, pengunduran tentera rejim dari Semenanjung Gaza, kepulangan penduduk yang hilang tempat tinggal ke wilayah dan kediaman mereka secara bebas, bantuan kepada penduduk dan permulaan pembinaan semula apa yang dimusnahkan oleh tentera penceroboh,” katanya.

Hamas juga menekankan keperluan untuk "mencapai perjanjian pertukaran tebusan di mana tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan (Israel) yang ditahan oleh Hamas di Gaza.

Kenyataan itu menambah bahawa "Hamas menegaskan keazamannya bersama dengan semua kumpulan pejuang dan puak Palestin untuk mencapai matlamat kebangsaan serta menubuhkan negara Palestin merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, hak untuk pulang dan menentukan nasib sendiri."

Terdahulu pada Ahad, Israel memutuskan untuk menghantar delegasi ke Kaherah untuk terlibat dalam proses rundingan bagi mencapai perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas.

Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) cuba memuktamadkan perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata di Gaza selepas jeda kemanusiaan pertama hanya berlangsung selama seminggu pada akhir November tahun lepas.

Usaha itu membolehkan bantuan kemanusiaan terhad memasuki Semenanjung Gaza serta pertukaran tebusan Israel untuk tahanan Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang ditahan di penjara Israel.

Hampir 33,200 warga Palestin maut dan 75,577 cedera di Gaza selain daripada kemusnahan berskala besar kediaman dan infrastruktur serta kekurangan bekalan keperluan selepas diserang Israel sejak Oktober tahun lepas.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memerintahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!