Bersatu lantik Radzi Manan Pengerusi Lembaga Disiplin

Mohammed Radzi (tengah) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu baharu.
Mohammed Radzi (tengah) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu baharu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melantik Datuk Mohammed Radzi Manan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin manakala Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pula dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan kedua-dua jawatan itu berkuatkuasa serta-merta.

“Bersatu percaya bahawa pengalaman, keupayaan dan komitmen mereka mampu memperkukuhkan organisasi parti melalui usaha-usaha berterusan yang proaktif bagi memperkasa disiplin serta integriti ahli-ahli Bersatu secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Abdul Azim (tengah) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu.
Abdul Azim (tengah) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu.

Sebelum ini jawatan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin disandang oleh Fadzilah Mohd Pilus.

Terdahulu, Fadzilah dilantik mengetuai Lembaga Disiplin Bersatu pada Januari, menggantikan Megat Najmuddin Megat Khas selepas parti itu mengumumkan rombakan kepimpinannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: