'Ayuh rakyat Malaysia kita semarakkan #MZB365, kukuhkan perpaduan'

#MZB365 merupakan gerakan bersama lima media tempatan yang dipelopori gabungan NGO dan Pertubuhan Masyarakat Sivil.
#MZB365 merupakan gerakan bersama lima media tempatan yang dipelopori gabungan NGO dan Pertubuhan Masyarakat Sivil.
A
A
A

BERSATU kita teguh, bercerai kita roboh.

Keteguhan ikatan perpaduan merupakan tonggak utama kemakmuran yang dikecapi negara sehingga ke hari ini.

Kita telah hidup dalam sebuah negara dengan keunikan berbilang bangsa penuh keharmonian selepas mencapai kemerdekaan.

Justeru, bersesuaian dengan pelancaran kempen #MZB365 pada Sabtu, diharapkan masyarakat dapat berganding bahu hidup dalam suasana harmonis disamping mempromosikan #MZB365, iaitu menormakan budaya Maaf Zahir Batin sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.

#MZB365 merupakan gerakan bersama lima media tempatan yang dipelopori gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

Memetik kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli, biarpun kita dilahirkan dengan warna yang berbeza, tetapi perbezaan inilah keunikan serta kekuatan menjadikan #KitaLahMalaysia.

Katanya, perpaduan amat penting dalam mencapai kesepakatan demi kemakmuran rakyat berbilang bangsa.

Satu daripada harapan kempen #MZB365 adalah mengajak semua rakyat untuk bersama melenyapkan kebencian, memperkukuh kefahaman serta hormat-menghormati selain tidak mendustai nikmat kedamaian yang dikecapi.

Artikel Berkaitan:

Acuan memelihara kemaslahatan negara ini adalah berdasarkan kepada keharmonian, perpaduan, toleransi dan sikap hormat menghormati antara kaum. Ayuh kita teguh bersama semarakkan kempen #MZB365.

Jangan biarkan budaya ekstrem membakar keharmonian rakyat Malaysia.

Haruslah diingat Malaysia ini milik rakyatnya yang terkenal dengan budaya sopan santun, saling menghormati dan saling lengkap melengkapi.

Malaysia juga adalah tanah air kita, di mana tempat kita berpijak, membina keluarga, bersahabat dan bersaudara, jadi bersama kita kekalkan keindahan yang teramat istimewa ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!