Sukma: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan

Datuk Seri Abdul Karim Rahman
Datuk Seri Abdul Karim Rahman
A
A
A

KUCHING - Acara futsal wanita dan terjun 10 meter (m) platform wanita digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang akan berlangsung di Bumi Kenyalang, Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.

Beliau berkata, mengikut peraturan sedia ada, sesuatu acara sukan memerlukan sekurang-kurangnya enam negeri yang bertanding untuk diteruskan.

"Saya sedih juga kerana itu (10 m platform wanita) adalah salah satu daripada acara yang boleh memberi emas kepada Sarawak tetapi kini kita dimaklumkan hanya empat negeri sahaja yang mahu bertanding.

"Acara futsal wanita juga hanya empat negeri yang mahu menghantar wakil, kadang-kadang sukan yang melibatkan ramai pemain dan negeri tertentu tidak yakin capai podium finish mereka tidak akan hantar wakil kerana melibatkan kos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka di sini pada Sabtu.

Pernah menjadi hos Sukma pada 1990 dan 2016, Sarawak sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Sukma edisi ke-21 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan manakala Para Sukma pula pada 20 hingga 28 September ini.- Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: