Polis Johor tingkat pemantauan libatkan kes penahanan lelaki Israel

M Kumar memakaikan topi keledar kepada penunggang motorsikal pada Program Advokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Ops Selamat 22/2024 Aidilfitri di Plaza Tol Kempas pada Sabtu.
M Kumar memakaikan topi keledar kepada penunggang motorsikal pada Program Advokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Ops Selamat 22/2024 Aidilfitri di Plaza Tol Kempas pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor tidak menjangkakan akan berlaku sebarang kekacauan di negeri ini, susulan penahanan empat individu yang dikaitkan dengan seorang lelaki warga Israel yang ditahan Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar menegaskan pihaknya tidak pernah memandang ringan terhadap sebarang usaha mengganggu keamanan di negeri ini.

"Kita tidak jangka (akan) ada serangan di Johor (susulan penahanan empat individu yang dikaitkan dengan lelaki warga Israel).

"Namun kita tidak pandang ringan mengenai perkara ini akan meningkatkan pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Advokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Ops Selamat 22/2024 Aidilfitri di Plaza Tol Kempas pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata PDRM menahan lapan lagi individu, termasuk tiga warga asing dalam operasi berasingan di ibu kota dan Johor pada Khamis dan Jumaat lalu, bagi membantu siasatan penahanan seorang warga Israel berkenaan.

Penahanan terbaru itu menjadikan seramai 16 individu termasuk lelaki warga Israel berkenaan ditahan menerusi operasi khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, JSJK dan Cawangan Khas.

Artikel Berkaitan:

Rabu lalu, empat lagi individu warga tempatan diberkas dipercayai berkait dengan penahanan lelaki Israel, Shalom Avitan ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 28 tahun hingga 41 tahun ditahan di Skudai dan Gelang Patah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!