PH hulur bantuan kepada negeri pembangkang: Guan Eng

Lim Guan Eng ketika sidang media mengenai Pengumuman Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Kementerian Kewangan hari ini. -Foto Bernama
Lim Guan Eng ketika sidang media mengenai Pengumuman Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Kementerian Kewangan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan memberi lebih banyak bantuan kepada negeri-negeri pembangkang berbanding kerajaan terdahulu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, beliau mengulas saranan pengerusi sementara DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim supaya kerajaan Persekutuan bersikap adil kepada semua negeri termasuk yang kini diterajui parti pembangkang.

Menurut Lim, rakyat perlu melihat jumlah dana yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kepada negeri pembangkang yang lebih tinggi berbanding ketika mereka ditadbir oleh Barisan Nasional.

"Lihatlah apa yang dilakukan oleh kerajaan (PH), Sebenarnya kerajaan telah memberi perhatian lebih kepada negeri-negeri ini berbanding kerajaan sebelumnya. Dana yang diberikan lebih daripada jumlah sebelum ini," katanya kepada media selepas taklimat program e-Tunai Rakyat di sini hari ini.

Lim Guan Eng (tengah) bergambar bersama tiga pengendali e-Dompet yang terpilih selepas sidang media mengenai Pengumuman Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Kementerian Kewangan hari ini. -Foto Bernama

Tahun lepas, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM13.05 bilion kepada enam negeri kurang maju iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: E-Tunai RM30 diagihkan mulai esok

GrabPay, e-Wallet rakyat percepat ekonomi digital Malaysia

Artikel Berkaitan: