Pemain Akademi Manchester United nafi ada pertalian keluarga Malaysia

Wheatley menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.
Wheatley menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.
A
A
A

PEMAIN Akademi Manchester United, Ethan Wheatley menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.

Pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di Stockport berkata, laporan mengaitkan beliau dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar.

"Saya tidak mempunyai darah Malaysia. Laporan itu salah, saya bukan warga Malaysia atau Indonesia,” kata pemain bahagian serangan itu, ketika dihubungi Bernama.

Nama Wheatley mula menjadi perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, selepas laman pencarian bakat mendakwa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.

Wheatley menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama United pada Januari, berikutan prestasi mengagumkan dan berjaya menarik perhatian Pengurus Pasukan Erik ten Hag, selepas dipanggil berlatih bersama skuad utama pada Februari.

Beliau kini menjadi tonggak utama skuad bawah 18 tahun United dan dilaporkan telah membuat beberapa penampilan bersama skuad bawah 21 tahun The Red Devils. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!