Liverpool perlu tumbangkan United

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

LIVERPOOL harus mengekalkan rekod sempurna untuk baki saingan musim ini bermula dengan perlawanan menentang Manchester United jika mahu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool berada dua mata di hadapan Arsenal dan tiga mata di hadapan City dengan baki lapan perlawanan pada musim ini ketika Jurgen Klopp dalam landasan terbaik untuk menghadiahkan satu lagi piala untuk Liverpool.

The Reds pernah kehilangan gelaran dengan perbezaan satu mata pada 2021-22 kepada City dan Klopp mengakui mereka tidak boleh membiarkan perkara itu berulang.

“Jelas sekali keadaannya dalam Liga Perdana... Jadi jika saingan yang sukar, maka kami perlu menjadi sempurna.

"Kami sedang berada dalam perebutan gelaran dan itu bagus.

"Sekarang kami perlu terus berjuang dan begitulah keadaannya sehingga penghujung," katanya.

Dalam pada itu, Klopp mengakui United merupakan lawan yang sukar dan mereka perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan pasukan iu.

"Ada orang berkata kami mempunyai senarai atau jadual perlawanan terbaik.

Artikel Berkaitan:

"Saya melihatnya dan saya benar-benar tidak tahu bagaimana anda boleh mempunyai idea itu. Mungkin saya terlalu negatif tetapi ia sukar kerana kami perlu berhadapan lawan yang bagus.

"Tetapi kami sudah bersedia dan kami mahu berada dalam pertarungan itu," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!