Tiket ke pantai timur habis, rindu masakan Kelantan

Sebahagian penuntut UTM menaiki bas untuk pulang berhari raya secara percuma dalam Program Jom Balik Raya pada kali ini.
Sebahagian penuntut UTM menaiki bas untuk pulang berhari raya secara percuma dalam Program Jom Balik Raya pada kali ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kegembiraan jelas kelihatan pada wajah 722 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini apabila perjalanan mereka untuk pulang beraya di kampung masing-masing ditaja pihak universiti.

Mereka yang merupakan daripada keluarga B40 terpilih dalam program Jom Balik Raya dengan menaiki 19 buah bas ke ke seluruh semenanjung melibatkan Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Pantai Timur.

Program tahunan itu yang diadakan selama dua hari berakhir pada malam Jumaat dan semua bas berkenaan bertolak dari Dataran UTM di sini.

Nik Muhammad Amin Noorin, 20, teruja dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya di Pasir Putih, Kelantan selepas terpilih dalam program berkenaan.

Nik Muhammad
Nik Muhammad

Penuntut tahun satu dalam bidang sains biologi itu amat berterima kasih kepada pihak UTM atas peluang tersebut.

"Mujur pihak universiti ada menyediakan pengangkutan bas balik secara percuma kerana semua tiket ke pantai timur telah pun habis.

Saya sudah rindu masakan Kelantan terutama sebelah Thailand," katanya kepada pemberita.

Artikel Berkaitan:

Nur Athirah
Nur Athirah

Nur Athirah Ahmad, 21, turut bersyukur kerana dapat balik kampung di Kota Bharu, Kelantan, apatah lagi setelah sekian lama tidak pulang ke negeri asalnya.

"Tak sabar untuk pulang walaupun masa perjalanan mengambil masa lapan hingga 10 jam ke Kelantan. Harap perjalanan ke Kota Bharu berjalan lancar dan tidak berlaku kesesakan Jalan raya," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!