300 penunggang motosikal terima petrol percuma

Seramai 300 penunggang motosikal termasuk penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri serta pelajar pusat pengajian tinggi di sekitar kawasan ini menerima petrol secara percuma dalam program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ ajuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Seramai 300 penunggang motosikal termasuk penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri serta pelajar pusat pengajian tinggi di sekitar kawasan ini menerima petrol secara percuma dalam program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ ajuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 300 penunggang motosikal termasuk penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri serta pelajar pusat pengajian tinggi di sekitar kawasan ini menerima petrol secara percuma dalam program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ ajuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, program itu bertujuan meneruskan usaha untuk menyantuni golongan yang kurang berkemampuan dan komuniti setempat.

Menurutnya, setiap penunggang menerima petrol percuma bernilai RM10.

“Program ini merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk membantu komuniti dan sebagai salah satu program kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan perpaduan dan ukhuwah silaturahim warga MBSA dengan masyarakat.

“Pihak MBSA berharap dengan melaksanakan program-program kebajikan terhadap komuniti, ia sekali gus dapat meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan warga Shah Alam untuk bersama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, program berkenaan juga merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) iaitu Tiada Kemiskinan (SDG 1), dan Bandar dan Masyarakat Lestari (SDG 11) serta sejajar dengan dengan komitmen untuk menjadikan MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin.

Program disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Cheremi Tarman.

Turut hadir, pemangku Timbalan Datuk Bandar,Madiyan Baweh dan Ketua Whip Ahli Majlis MBSA, Adilah Abdullah Baharuddin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!