Sembunyi 1.32 juta batang rokok bawah 'perut' kontena

Norlela(tiga,kiri) menunjukkan rokok yang disorok di bahagian bawah kontena yang diubah suai dalam sidang akhbar di Pangkalan Marin Kastam, Pelabuhan Klang pada Khamis.
Norlela(tiga,kiri) menunjukkan rokok yang disorok di bahagian bawah kontena yang diubah suai dalam sidang akhbar di Pangkalan Marin Kastam, Pelabuhan Klang pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Taktik sindiket penyeludupan menyembunyikan 1.3 juta batang rokok tidak bercukai bahagian bawah kontena kosong terbongkar selepas dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 29 Mac lalu.

Kontena kosong itu dibiarkan di kawasan tepi jalan di Balakong sebelum dikesan menerusi risikan yang dijalankan lebih dua minggu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, semakan mendapati rokok berkenaan disembunyikan di celah bukaan lantai kayu kontena.

"Bahagian bawah kontena berkenaan ditutup dengan kayu dan plat besi bertujuan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Bahagian bawah kontena yang telah diubah suai untuk disimpan rokok seludup terbabit.
Bahagian bawah kontena yang telah diubah suai untuk disimpan rokok seludup terbabit.

"Taktik ini dipercayai merupakan modus operandi baharu yang digunakan sindiket dalam menyembunyikan barang yang diseludup," katanya ketika sidang akhbar di Pangkalan Marin Kastam, Pelabuhan Klang pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Sitaan melibatkan 1,320,000 batang rokok dengan anggaran nilai sebanyak RM105,600 manakala duti serta cukai terlibat berjumlah RM881,760.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah keseluruhan nilai duti cukai terlibat berjumlah RM987,360," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!