Hospital cari waris lelaki pengsan dalam tandas stesen minyak

HSNI meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit lelaki untuk segera menghubungi hospital berkenaan. -Foto: HSNI
HSNI meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit lelaki untuk segera menghubungi hospital berkenaan. -Foto: HSNI
A
A
A

BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit lelaki untuk segera menghubungi hospital berkenaan.

Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri berkata, pesakit lelaki tanpa identiti itu kini sedang menjalani rawatan di Wad 5 HSNI setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas di sebuah stesen minyak di Ayer Hitam pada 22 Mac lalu.

Menurutnya, pesakit yang dianggarkan berusia 50 tahun itu dibawa oleh ambulan ke HSNI dan ditempatkan di Wad 5, namun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga kini.

"Namun masih belum ada keluarga atau waris terdekat yang menghubungi pihak hospital atau melawat pesakit.

“Pesakit juga didiagnos mengalami pendarahan dalam otak dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, pesakit telah diberikan rawatan sewajarnya di wad tersebut,” katanya.

Justeru, pihak HSNI meminta orang ramai yang mengenali lelaki tersebut atau keluarga serta waris terdekat dapat menghubungi bahagian pengurusan HSNI di talian 07- 4363000 sambungan 3024 (Penolong Pegawai Penerangan, Norsyafika) bagi proses pengurusan pesakit berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: