Kompaun RM60,000 dikeluarkan terhadap kilang industri

Tian Soon (berdiri, kiri) melihat kerja-kerja persampelan dilakukan.
Tian Soon (berdiri, kiri) melihat kerja-kerja persampelan dilakukan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 30 notis kompaun bernilai RM60,000 dan 15 notis arahan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor kepada beberapa kilang industri sempena Ops Gempur Raya 2024 yang dilaksanakan selama empat hari mulai Isnin hingga Khamis.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, kompaun berkenaan dikenakan setelah beberapa kilang industri itu mendapati mereka didapati melakukan kesalahan seperti memililiki tahap pematuhan yang rendah terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974).

“Keutamaan pemeriksaan adalah terhadap beberapa sektor industri yang telah dikenal pasti berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar atau terletak di hulu takat pengambilan air.

“Walaupun di bulan Ramadan, pegawai JAS tidak berhenti untuk terus melakukan tindakan penguatkuasaan.

“Pada operasi kali ini, sebanyak 50 premis diperiksa dan 42 daripadanya, dikenakan arahan lapangan manakala empat lagi Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dijalankan,” katanya.

Tian Soon berkata demikian ketika menyertai Ops Gempur Raya di sebuah kawasan perindustrian di Iskandar Puteri, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusof.

Selain itu sampel efluen juga telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Tian Soon berkata, pihak JAS Negeri Johor akan memasang sistem pemantauan di beberapa sungai yang berhampiran dengan kawasan kilang bagi memantau kualiti air di situ.

Katanya, pemantauan berkenaan penting dalam usaha membendung pencemaran sungai selain membantu memastikan kualiti air sentiasa terjamin.

“Setakat ini, sebanya 277 stesen pengawasan menjalankan persampelan air secara manual dan empat stesen akan menjalankan persampelan secara automatik,” katanya.