Pemandu lori mengaku tidak bersalah miliki lebih 1,000 liter diesel

Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan memiliki barang kawalan tanpa permit dan lesen.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan memiliki barang kawalan tanpa permit dan lesen.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Rabu atas tuduhan memiiki barang kawalan iaitu 1,511 liter diesel tanpa permit dan lesen.

Ng Chee Kiang, 52, dituduh menyimpan barang kawalan berjadual itu tanpa lesen itu, di premis Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri, daerah Melaka Tengah pada jam 2 petang 22 Ogos lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan untuk kesalahan kedua, boleh didenda sehingga RM3 juta atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi serta Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Norhysham Md Noor dengan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Dharmafikri Abu Adam membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 7 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: