Ramai membisu, masa depan UMNO makin membimbangkan - Tajuddin

Tajuddin
Tajuddin
A
A
A

IPOH - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan parti itu dalam perjuangannya membela kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Beliau berkata, suara parti itu semakin kecil dan hampir tidak kedengaran dalam hal-hal sensitiviti terutama yang dibangkitkan pemimpin dalam pentadbiran kerajaan.

"Sekarang ini bila berlaku sesuatu isu yang mengancam maruah orang Melayu, tiada suara daripada UMNO. Adalah sedikit orang kata bunyi-bunyi mercun katak, tetapi selebihnya memilih berdiam diri.

"Saya dukacita kerana daripada Majlis Tertinggi sampailah ke Bahagian, semuanya membisu seolah-olah mereka ini memikirkan kepentingan sendiri, nak jawatan dan kedudukan bukan untuk perjuangan parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Iftar Perdana bersama Media Perak di Taj International College (TIC) di sini pada Rabu.

Tajuddin dalam program Iftar Perdana bersama Media Perak di Taj International College (TIC) pada Rabu.
Tajuddin dalam program Iftar Perdana bersama Media Perak di Taj International College (TIC) pada Rabu.

Tajuddin berkata, UMNO sepatutnya mengambil peluang sikap keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi pandangan dan teguran yang dapat mengembalikan kepercayaan orang Melayu.

Katanya, sebagai bergelar pemimpin, Anwar sangat komited dalam memperjuangkan orang Melayu, namun dalam masa sama masih menjaga kepentingan dan hak bukan Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Tak terpikullah Anwar seorang untuk membela nasib orang Melayu. UMNO sepatutnya mainkan peranan, barulah kena dengan perjuangan yang dibawa parti dari dulu.

"Jika tiada perubahan dari segi tindakan, khidmat kepada masyarakat serta kepimpinan, sukar untuk UMNO kembali pulih dan bangkit semula," katanya.

Tajuddin sebelum ini dilapor digantung keahlian parti selama enam tahun susulan keputusan mesyuarat MKT UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.

Pada 21 Julai tahun lalu, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu memaklumkan sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan kemudiannya berhasrat untuk tidak merayu lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Ramai membisu, masa depan UMNO makin membimbangkan - Tajuddin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Politik #Parti #UMNO #TajuddinAbdulRahman #Melayu #Islam

Instrumen Melayu - Andijul maruf