Kegiatan 'swinger' suami isteri tukar pasangan, jual video lucah tumpas

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama PDRM menumpaskan kegiatan kumpulan ‘swinger’ yang melakukan aktiviti bertukar pasangan suami isteri.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama PDRM menumpaskan kegiatan kumpulan ‘swinger’ yang melakukan aktiviti bertukar pasangan suami isteri.
A
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan kumpulan ‘swinger’ yang melakukan aktiviti bertukar pasangan suami isteri.

SKMM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kumpulan tersebut juga didapati menjual bahan lucah video seks 'swinger' secara dalam talian untuk meraih keuntungan menerusi serbuan dilakukan di Kedah dan Johor, baru-baru ini.

"Operasi dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan sejumlah besar video lucah.

"Seramai tiga individu berusia 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan 'swinger' itu diberkas kerana disyaki terlibat kegiatan menjual video seks itu secara dalam talian.

"Hasil serbuan itu, telefon bimbit, komputer dan 'thumbdrive' milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X.

"Individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh dikenakan bayaran sebanyak RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram.

"Kegiatan kumpulan ’swinger’ itu melibatkan aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh SKMM.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28