Bilionair Jepun cari teman hidup melancong ke bulan

Maezawa pada awal bulan lalu berjanji untuk berkongsi 100 juta yen (RM3.7 juta) dengan 100 pengikutnya di Twitter. - Foto Agensi
Maezawa pada awal bulan lalu berjanji untuk berkongsi 100 juta yen (RM3.7 juta) dengan 100 pengikutnya di Twitter. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Seorang bilionair di Jepun mencari teman hidup untuk melancong bersamanya ke bulan.

Pemilik industri peruncit pakaian atas talian Zozo Inc, Yusaku Maezawa, 44, dijangka menjadi orang awam pertama menyertai ekspedisi pelancongan ke angkasa ditawarkan Space X yang dijadualkan pada 2023.

Menurutnya, beliau mahu berkongsi pengalaman menakjubkan itu bersama wanita istimewa memandangkan beliau kini ‘single’ selepas berpisah dengan aktres, Ayame Goriki, 27.

Maezawa juga mempelawa semua wanita untuk membuat permohonan secara dalam talian.

“Saya kini mula rasa kosong dan sepi tanpa teman pada usia 44 tahun. Hanya satu perkara yang saya fikirkan iaitu mahu mencintai seorang wanita. Saya mahu cari teman hidup. Saya mahu berkongsi rasa cinta kami dan keamanan dunia dari angkasa bersama dengannya,” jelas kenyataan dimuat naik usahawan terkenal terbabit di laman web miliknya.

Beliau turut meletakkan beberapa syarat kepada calon isterinya termasuk berumur lebih 20 tahun dan sentiasa berfikiran positif serta berminat untuk ke angkasa lepas.

Tarikh akhir permohonan tersebut adalah pada Jumaat ini dan pengumuman tentang wanita yang berjaya mencuri hatinya akan dibuat pada akhir Mac depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: