Pemandu bas tersepit, lapan penumpang cedera

Sebuah bas persiaran terbabit nahas di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, pada pagi Rabu. - Foto JBPM Johor
Sebuah bas persiaran terbabit nahas di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, pada pagi Rabu. - Foto JBPM Johor
A
A
A

KULAI - Pemandu dan lapan penumpang dalam perjalanan ke Singapura dari Kuala Lumpur cedera dalam nahas membabitkan bas persiaran dan sebuah lori di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat sini pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Penguasa Bomba Kanan, Fairuz Helmi Mohd Helmi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 pagi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran telah berlanggar dengan sebuah lori jenis Nissan 10 tan.

"Pemeriksaan ke atas bas ekspres itu mendapati pemandu bas berusia 33 tahun berada dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri.

"Anggota terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan pemandu bas berkenaan yang tersepit sebelum diserahkan kepada anggota perubatan Kementerian Kesihatan manakala pemandu lori berusia 72 tahun itu turut mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Fairuz Helmi berkata, kesemua mereka menerima rawatan awal daripada anggota perubatan Kementerian Kesihatan manakala empat daripada penumpang bas telah dihantar ke hospital berhampiran bagi menerima rawatan lanjut, dan operasi ditamatkan jam 7.35 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!