Petugas barisan hadapan, penghantar makanan dirai

Majlis pelepasan penghantar makanan bagi program Roll Out Iftar: Distribution of Iftar via Misi Rakyat Food Riders di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.
Majlis pelepasan penghantar makanan bagi program Roll Out Iftar: Distribution of Iftar via Misi Rakyat Food Riders di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Tune Protect Berhad (Tune Protect) menganjurkan program Roll Out Iftar: Distribution of Iftar via Misi Rakyat Food Riders sebagai sebahagian daripada sokongan dan tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta penghantar makanan.

Program dengan kerjasama Sinar Harian itu melibatkan pengagihan sebanyak 2,000 bungkus makanan iaitu 1,000 pek martabak daging dan ayam serta 1,000 pek kuih boko ubi.

Makanan tersebut diagihkan ke beberapa lokasi terpilih antaranya balai bomba, balai polis, Hospital Shah Alam dan Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan menggunakan Misi Rakyat Food Riders.

Jubin Mehta (tiga dari kanan) menyampai pek makanan kepada Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Shah Alam, Dr Khairol Idham (dua dari kanan) menerusi program Roll Out Iftar: Distribution of Iftar via Misi Rakyat Food Riders.

Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Kumpulan Tune Protect, Mohd Yusof Hafiz Mohamad berkata, pemilihan Misi Rakyat Food Riders dan petugas barisan hadapan sebagai kolaborasi serta kumpulan sasar adalah tanda penghargaan terhadap jasa mereka dalam menjaga kesejahteraan negara.

Menurutnya, penghantar makanan sanggup meredah hujan lebat, terik matahari dan berhadapan dengan keadaan berisiko semata-mata untuk membantu masyarakat di Malaysia.

“Selain itu, ia juga diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja siang dan malam tanpa mengira bulan puasa atau musim perayaan.

“Ini merupakan kali pertama kami melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menggunakan perkhidmatan Misi Rakyat Food Riders. Ia bagi memberi peluang kepada penghantar makanan untuk mendapatkan pendapatan tambahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Penghantar makanan bergambar bersama anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam.
Penghantar makanan bergambar bersama anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam.

Tambahnya, program itu juga bertujuan menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan keberkatan berinfak selain berkongsi rezeki bersama masyarakat.

“Kami yang memasak dan menyediakan makanan tersebut. Seramai 60 orang kakitangan Tune Protect berada di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf bagi membantu dalam pembungkusan makanan untuk diedarkan, serta menyertai pengedaran makanan bersama-sama Misi Rakyat Food Riders,” jelasnya.

Ditanya sama ada program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang, Mohd Yusof memberitahu, pihaknya telah mengadakan pelbagai program sempena Ramadan bagi berkongsi kemeriahan dan keberkatan dengan para penerima manfaat sejak tahun lalu,

Program Roll Out Iftar bersama Tune Protect & Sinar Harian menyediakan Murtabak daging dan ayam sebanyak 1000 pek untuk diagihkan ke Hospital Besar Shah Alam dan IPK Shah Alam pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Kami berharap dapat meneruskan program seperti ini tidak hanya semasa bulan Ramadan tetapi sepanjang tahun melalui aktiviti CSR yang lain.

“Program yang dijalankan ini juga bukan sahaja memberi impak positif kepada kehidupan para penerima tetapi juga mendorong kakitangan untuk menyertai aktiviti CSR syarikat sebagai sukarelawan sekali gus dapat menanam semangat berbakti kepada masyarakat,” ujarnya.

Kakitangan Tune Protect berada di perkarangan Kompleks Karangkraf Shah Alam bagi membantu dalam pembungkusan dan penyediaan makanan untuk diedarkan kepada golongan sasar.
Kakitangan Tune Protect berada di perkarangan Kompleks Karangkraf Shah Alam bagi membantu dalam pembungkusan dan penyediaan makanan untuk diedarkan kepada golongan sasar.

Tune Protect adalah sebuah syarikat pegangan kewangan yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia.

Syarikat berkenaan telah mewujudkan kehadiran global di lebih daripada 49 negara melalui anak syarikat insurans am dan reinsuransnya, syarikat usaha sama, serta melalui perkongsian strategik dengan penjamin tempatan di pasaran ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!