X

Kindly register in order to view this article
!

Perdim cadang KKM bekalkan 'infrared thermometer' di sekolah

Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad berkaitan penggunaan infrared thermometer.
A
A

SHAH ALAM - Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) mencadangkan agar guru mengambil beberapa tindakan sebagai langkah awal mencegah penularan jangkitan influenza di sekolah.

Ahli Jawatankuasa Perdim, Dr Zubaidi Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu melatih guru membuat saringan suhu setiap pelajar di sekolah.

Kata beliau, KKM boleh membekalkan 'infrared thermometer' seperti yang digunakan di lapangan terbang.

"Satu alat dalam RM300. Jika ada 1,000 pelajar pun tak ada masalah, mungkin pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh keluarkan bajet membeli alat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak OKU disyaki dijangkiti Influenza A meninggal dunia

"Bila ada ada pelajar yang mempunyai suhu tinggi, guru boleh hantar ke Pusat Kesihatan Kerajaan untuk pengesahan doktor.

"Mungkin boleh buat pemeriksaan saringan influenza menggunakan 'influenza kit' dan dapatkan kebenaran ibu bapa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Zubaidi berkata, pelajar yang disahkan demam perlu diberikan rawatan dan cuti untuk dikuarantin serta segera ke hospital jika mengalami simptom lebih teruk.

Menurutnya, jangan benarkan pelajar demam, selesema dan batuk hadir sekolah kerana akan mempercepatkan kadar jangkitan.

"Galakkan pelajar menggunakan penutup hidung dan mulut bila datang ke sekolah. Selalu basuh tangan dengan air atau sanitizer.

"Sediakan kemudahan mendapat air minum dengan mudah dan jangan buat latihan jasmani di tempat panas," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus