Pasangan warga emas hilang, tidak pulang sejak semalam

Pasangan warga emas dilaporkan hilang sejak semalam.
Pasangan warga emas dilaporkan hilang sejak semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasangan warga emas Muhammad Shah Meon, 75 dan isteri, Mo'minah Ujang, 71 dilaporkan hilang dan gagal dihubungi sejak Ahad.

Anaknya, Muhamad Khaidir Muhammad Shah berkata, ibu bapanya bertolak dari Hulu Langat, Selangor sekitar jam 4 petang namun tidak sampai ke rumah di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan hingga kini.

Menurutnya, cubaan menghubungi mangsa juga gagal susulan telefon tidak diaktifkan berkemungkinan disebabkan kehabisan bateri.

"Ibu bapa saya menziarahi adik saya yang baharu bersalin di Hulu Langat menaiki menaiki Merc C200 lama berwarna coklat cair dengan nombor pendaftaran WDT 6678.

"Ada maklumat diterima memberitahu kereta dinaiki mereka terbabas, namun tidak dipastikan lokasinya dan status keadaannya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada Isnin, keluarga mangsa memohon bantuan awam menerusi hebahan di media sosial bagi mengesan warga emas tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Muhamad Khaidir di talian 014-8086712 atau 0196310710 (Kamil).

Artikel Berkaitan: