Ops Mammoth: Lori disita bawa muatan sehingga 94 peratus

Anggota dan pegawai penguat kuasa JPJ memeriksa lori di sekitar Sepang pada Isnin.
Anggota dan pegawai penguat kuasa JPJ memeriksa lori di sekitar Sepang pada Isnin.
A
A
A

SEPANG - Sebuah lori yang membawa lebih muatan sehingga 94 peratus telah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Mammoth Khas di sini pada Isnin.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, dalam operasi itu sebanyak 12 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti kesalahan lebih muatan, tiada lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen kenderaan perdagangan (GDL).

"Kita telah menjalankan pemeriksaan ke atas tujuh buah lori.

"Daripada jumlah itu, sebuah lori dikesan membawa muatan melebihi had berat dibenarkan di bawah Perintah Sekatan Berat (Jalan Persekutuan) 2018 iaitu berat muatan di antara 30 peratus hingga 94 peratus.

Antara lori yang diperiksa oleh JPJ.
Antara lori yang diperiksa oleh JPJ.

"Kenderaan ini juga telah disita bagi tujuan siasatan lanjut bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Lokman berkata, operasi kenderaan berat yang dilaksanakan pada jam 3 pagi hingga 11 pagi itu adalah hasil aduan orang awam.

"Ops Mammoth ini akan diteruskan oleh JPJ dari masa ke masa bagi membanteras kenderaan berat melampau yang menjadi punca kegagalan fungsi teknikal dan sistem brek sehingga merisikokan keselamatan pengguna jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam boleh terus melaporkan kesalahan atau keraguan yang dilakukan oleh kenderaan berat secara terus dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ melalui menu e-Aduan@jpj atau melalui aduan email JPJ aduantrafik@jpj.gov.my," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28