Azan Maghrib awal 4 minit, jemaah perlu ganti puasa

Masjid Prima Saujana di Kajang terkhilaf apabila melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada Sabtu. Gambar hiasan
Masjid Prima Saujana di Kajang terkhilaf apabila melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Masjid Prima Saujana di Kajang terkhilaf apabila melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada Sabtu.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, kesilapan itu berlaku disebabkan masalah teknikal.

Sehubungan itu, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari tersebut perlu menggantikan puasa.

"Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Prima Saujana, Kajang memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac disebabkan masalah teknikal.

"Kami telah merujuk perkara ini kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan dimaklumkan, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari tersebut, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti/diqadha'," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: