Sila log masuk terlebih dahulu.

'Perlu alih pencawang TNB dulu sebelum roboh Stadium Shah Alam'

15 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 JANUARI 2024

Kerja pengalihan pencawang elektrik TNB perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum proses perobohan Stadium Shah Alam boleh dilaksanakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencawang elektrik berkenaan yang membekalkan tenaga kepada penduduk Seksyen 13 perlu dialihkan bagi mengelak masalah gangguan elektrik.

Menurutnya, kerja perobohan akan dilakukan sejurus isu teknikal berkenaan diselesaikan.

Proses untuk merobohkan bagi pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu tidak akan menggunakan peledak mahupun bom.

Media sebelum ini melaporkan stadium berkenaan dijadual dirobohkan Disember tahun lalu namun tertangguh sehingga kini.

Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat Selangor berkenaan status semasa pembinaan kompleks sukan serta stadium baharu itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644426/edisi/selangor-kl/perlu-alih-pencawang-tnb-dulu-sebelum-roboh-stadium-shah-alam

Muzik: Romeo - The Sky Within dari www.artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian #StadiumShahAlam #Selangor