Heung-min pacu kemenangan Spurs

Heung-Min. Foto EPA
Heung-Min. Foto EPA
A
A
A

ANGE Postecoglou meluahkan rasa bangga ke atas pemain sensasi, Son Heung-min yang membantu Tottenham Hotspur melakar kemenangan ke atas Luton 2-1 menerusi gol lewat perlawanan pada malam Sabtu.

Kemenangan berharga itu meletakkan Spurs berada di landasan tepat untuk memburu empat kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Postecoglou memuji Heung-min yang tetap cergas biarpun kapten Korea Selatan itu baru sahaja kembali selepas membantu negaranya dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Thailand di Bangkok sebelum ini.

“Baginya apabila bersedia, dia mahu bermain ke tahap tertinggi dan dia terus melakukannya,” katanya.

Penerbangan jauh tidak menjadi masalah buat Heung-min untuk meledak gol kemenangan pada minit 86.

“Saya pasti dia berasa penat. Memang sukar dan letih. Semasa menjadi jurulatih Australia, saya mempunyai beberapa pemain yang bermain di serata benua.

“Perjalanan mereka jauh, ada perbezaan masa tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, dia tidak pernah memberi alasan kepada pasukan,” ujar Postecoglou.

Gol kemenangan itu adalah yang ke-15 buat Heung-min untuk meletakkan Spurs di kedudukan kelima dengan 56 mata, kurang tiga mata daripada Aston Villa di kedudukan keempat.

Artikel Berkaitan:

Dalam aksi itu, Luton terlebih dahulu di depan hasil jaringan Tahith Chong pada minit ketiga, sebelum disamakan menerusi gol sendiri Issa Kabore enam minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28