Mohd Syahir dilantik Penolong Setiausaha Agung Pas

Mohd Syahir
Mohd Syahir
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melantik Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Sulaiman sebagai Penolong Setiausaha Agung Pas berkuat kuasa pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, pelantikan itu dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 11 Januari lalu di Kemaman, Terengganu.

"Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta pada 11 Januari 2020 dan pada masa yang sama, Mohd Syahir masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden Pas," katanya dalam laporan Harakahdaily.

Mohd Syahir ialah lulusan Sarjana Pengajian Pembangunan (Master of Development Studies) daripada Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Artikel Berkaitan: