Amaran ribut petir, hujan lebat sehingga 7 malam ini

Amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini. Foto hiasan
Amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia berkata, antara negeri yang terlibat ialah Perlis dan beberapa daerah di Kedah merangkumi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik serta Baling.

Menurut agensi itu lagi, cuaca sama diramalkan berlaku di Perak melibatkan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang manakala Kelantan pula ialah di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai serta Gua Musang.

"Ribut petir, hujan lebat turut diramal di seluruh Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya manakala Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut. Di Selangor pula ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Sepang.

“Negeri Sembilan, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin selain Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

"Di Sarawak, cuaca sama diramal di kawasan Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis)," katanya menerusi hantaran di platform X pada Sabtu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," ujarnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!