Pemandu kereta dilempar batu diminta tampil buat laporan

Tangkap layar rakaman video menunjukkan sebiji batu dipercayai dilemparkan ke arah kereta pengguna lebuh raya di Kampar. Foto pembaca
Tangkap layar rakaman video menunjukkan sebiji batu dipercayai dilemparkan ke arah kereta pengguna lebuh raya di Kampar. Foto pembaca
A
A
A

IPOH - Polis meminta pemandu kereta yang menjadi mangsa insiden dilempar batu sehingga cermin hadapan pecah seperti tular di media sosial pada Sabtu, tampil membuat laporan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan rakaman video, kejadian itu berlaku di Kilometer 311 hingga 310, Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara dekat Kampar pada jam 6.36 petang, 22 Mac lalu.

Mohd Yusri
Mohd Yusri

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak telah mengesan hantaran mengenai kejadian itu dan telah mendapat perhatian serta kebimbangan warga maya.

"Namun, hasil semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dilakukan sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, pemandu terlibat dinasihatkan segera membuat laporan di Balai Polis berhampiran bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Tambah Mohd Yusri, pihaknya akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengesan pelaku bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: