Aidilfitri: Gilir cuti, Maritim terus perketat kawalan perairan

Penguasaan tetap berjalan seperti biasa bagi memastikan anasir-anasir jahat tidak berjaya menembusi perairan negara semasa umat Islam sedang menyambut lebaran
Penguasaan tetap berjalan seperti biasa bagi memastikan anasir-anasir jahat tidak berjaya menembusi perairan negara semasa umat Islam sedang menyambut lebaran
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan terus memperketatkan kawalan di perairan negara sepanjang Ramadan dan Syawal menerusi sistem penggiliran cuti.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, anggota diberikan pilihan untuk bercuti sama ada sebelum dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Kelantan tetap memperketatkan kawalan di perairan negara sepanjang Ramadan dan Syawal menerusi sistem penggiliran cuti.
Maritim Malaysia Kelantan tetap memperketatkan kawalan di perairan negara sepanjang Ramadan dan Syawal menerusi sistem penggiliran cuti.

"Penguasaan tetap berjalan seperti biasa bagi memastikan anasir-anasir jahat tidak berjaya menembusi perairan negara semasa umat Islam sedang menyambut lebaran," katanya kepada pemberita pada Program Liputan Media Bersama Maritim Kelantan sempena Ramadan di perairan Kelantan pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sepanjang Januari hingga Mac, Maritim Malaysia Kelantan berjaya melakukan tangkapan sebanyak 29 kes melibatkan jumlah rampasan RM6.5 juta.

Amiludin (kanan) memantau anggota yang melakukan penugasan di perairan Kelantan.
Amiludin (kanan) memantau anggota yang melakukan penugasan di perairan Kelantan.

Ujarnya, kebanyakan kes yang direkodkan membabitkan nelayan warga asing yang menceroboh perairan negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!