Sungai Golok cetek, Polis Kelantan ubah strategi kawalan

Polis Kelantan sudah mengubah strategi kawalan di sempadan Malaysia-Thailand selepas beberapa kawasan di Sungai Golok mulai kering serta cetek akibat kemarau.
Polis Kelantan sudah mengubah strategi kawalan di sempadan Malaysia-Thailand selepas beberapa kawasan di Sungai Golok mulai kering serta cetek akibat kemarau.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengubah strategi kawalan di sempadan Malaysia-Thailand selepas beberapa kawasan di Sungai Golok mulai kering serta cetek akibat kemarau.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perubahan tersebut sudah dibincangkan bersama Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mengenai strategi yang akan diambil bagi memastikan kawalan berada pada tahap terbaik.

Muhamad Zaki
Muhamad Zaki

"Insya-ALLAH kita akan lihat hasil perubahan yang dilakukan itu. Ketika ini Sungai Golok yang kering ialah di Tok Deh dan kawasan sekitar dengannya di Rantau Panjang," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, lokasi tersebut merupakan kawasan panas aktiviti penyeludupan.

Ujarnya, pada masa sama semua Ketua-Ketua Polis Daerah yang terletak berhampiran sempadan diminta supaya memperketatkan kawalan terutama di lapisan kedua.

Tambah beliau, hal ini kerana lapisan pertama sempadan sudah dikawal oleh PGA dan tentera.

Muhamad Zaki memberitahu, jika keadaan meruncing anggota polis akan digerakkan untuk masuk ke kawasan operasi.

Artikel Berkaitan:

"Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!