Empat nelayan Thailand tangkap ikan di kawasan larangan ditahan

Empat nelayan Thailand ditahan pada petang Khamis untuk siasatan lanjut.
Empat nelayan Thailand ditahan pada petang Khamis untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGE TOWN - Empat nelayan Thailand ditahan selepas didapati menangkap ikan di kawasan larangan di sini pada petang Khamis.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, pihaknya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 14.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada jam 3 petang.

Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di Pulau Kendi pada petang Khamis.
Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di Pulau Kendi pada petang Khamis.

"Ketika melakukan rondaan Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan itu, kapal Maritim mengesan sebuah bot nelayan tempatan bergerak dalam keadaan mencurigakan.

"Kita menahan bot berkenaan untuk pemeriksaan dan penggeledahan. Hasil pemeriksaan, bot berkenaan didapati menggunakan pukat tunda sebagai alat menangkap ikan.

"Ia dikendalikan oleh empat nelayan termasuk tekong warga Thailand berusia lingkungan 29 hinggga 75 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan, kesemua nelayan mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah namun mereka didapati melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan.

"Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua nelayan, bot serta hasil tangkapan dianggarkan 1,500 kilogram ditahan untuk siasatan lanjut," jelasnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!