Nelayan ambil dadah 'bekal' tenaga ke laut - Maritim

Golongan nelayan di negeri ini dikesan menyalahgunakan dadah bagi mendapatkan tenaga sebelum mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.
Golongan nelayan di negeri ini dikesan menyalahgunakan dadah bagi mendapatkan tenaga sebelum mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.
A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMAS KINI] Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengesan tindakan segelintir nelayan di negeri ini menyalahgunakan dadah dipercayai bagi mendapatkan tenaga sebelum turun ke laut untuk menangkap ikan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Amiludin Yenggah berdasarkan hasil operasi bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Kita telah menahan 11 nelayan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sepanjang tahun ini bermula Januari hingga Mac," katanya kepada pemberita pada Program Liputan Media Bersama Maritim Malaysia Kelantan sempena Ramadan di perairan Kelantan pada Jumaat.

Amiludin (kiri) memberi taklimat kepada anggota sebelum operasi dimulakan.
Amiludin (kiri) memberi taklimat kepada anggota sebelum operasi dimulakan.

Menurut beliau, kesemua nelayan berusia antara 20 hingga 40 tahun yang ditahan menerusi operasi tersebut terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Ujarya, Martim Malaysia Kelantan tidak menolak kemungkinan nelayan terlibat memperoleh dadah daripada pengedar yang membekalkan bahan itu kepada mereka.

Amiludin memberitahu, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan di sepanjang perairan negara di negeri ini dalam usaha mengekang kemasukan dadah melalui jalan laut.

"Secara umumnya kemasukan dadah tidak hanya tertumpu kepada laut sahaja, ia turut melibatkan kawasan darat berpandukan kepada maklumat yang kami terima," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Amiludin memberitahu, cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini tidak menjejaskan penugasan operasi pihaknya di perairan negara.

Beliau berkata, seluruh anggota Maritim Malaysia Kelantan yang bertugas disarankan supaya meminum air dengan banyak selepas berbuka bagi mengelakkan hidrasi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28