Ahmad Rejal pengamal media terawal teroka konsep media dwibahasa

Hantaran dimuat naik Anwar di Facebooknya pada Jumaat. Foto FB Anwar Ibrahim
Hantaran dimuat naik Anwar di Facebooknya pada Jumaat. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa.

Ujarnya, jasa, sumbangan dan buah fikiran yang dilontarkan oleh Tokoh Wartawan Negara 2014 itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia akhbar serta kewartawanan di Malaysia.

"Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham.

"Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-ALLAH," tulisnya di laman Facebook pada Jumaat.

Ahmad Rejal, 84, yang merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian meninggal dunia jam 2 pagi tadi.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: