Hibah, wasiat dan faraid saling melengkapi

Tiga konsep, garis panduan pengurusan harta pusaka

A
A
A

RAMAI dalam kalangan kita yang masih keliru ataupun memandang ringan mengenai pengurusan harta. Tahukah anda bahawa kisah yang menyedihkan seperti kemelut harta antara waris dapat dielakkan sekiranya pengurusan harta disediakan sewaktu masih hidup.

Hibah, wasiat dan faraid, ketiga-tiga kaedah ini adalah aspek penting dalam pengurusan harta pusaka menurut ajaran Islam.

Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini adalah ketetapan yang diperintahkan oleh ALLAH SWT sekali gus memperlihatkan keagungan-NYA supaya manusia menjadikan ia sebagai panduan dalam menguruskan harta dunia.

Hibah pemberian ketika hidup

Secara ringkas, hibah adalah pemberian harta yang dilakukan semasa seseorang masih hidup, sementara wasiat dan faraid merupakan pembahagian harta setelah seseorang itu telah meninggal dunia.

Walaupun mempunyai perbezaan dari segi maksud, rukun dan syaratnya, namun ketiga-tiga kaedah itu saling melengkapi selain memenuhi keadilan bagi setiap anggota sesebuah keluarga.

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Zahari Mahad Musa, sekiranya faraid membabitkan agihan harta si mati hanya kepada waris yang berhak, wasiat dan hibah pula boleh diberikan kepada individu lain di luar ahli waris yang layak.

"Tidak semua dalam kalangan ahli keluarga kita layak untuk mendapat agihan faraid. Sebagai contoh, anak saudara daripada adik perempuan atau kakak kita tidak tersenarai di dalamnya.

"Begitu juga dengan keluarga yang tidak dikurniakan zuriat sendiri, tetapi mempunyai anak angkat dan mereka yang masih bujang.

Artikel Berkaitan:

“Maka di situlah Islam memberi saluran atau menyarankan cara untuk kita memberi kebajikan kepada mereka (waris dan bukan waris). Inilah hukum fiqah bagi tujuan pengurusan harta ini,” katanya ketika menjadi panel dalam program POV Podcast Sinar Islam Plus bertajuk 'Antara Hibah, Wasiat Dan Faraid: Mana yang Terbaik?’ dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.

USTAZ ZAHARI (kanan) menjelaskan mengenai kaedah pengurusan harta dalam Islam semasa menjadi panel program Podcast POV Sinar Islam Plus yang dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia. Kempen InsureLit merupakan satu program literasi kewangan bertujuan melengkapkan rakyat Malaysia dengan ilmu insurans dan takaful penting serta memupuk amalan kewangan yang positif.
USTAZ ZAHARI (kanan) menjelaskan mengenai kaedah pengurusan harta dalam Islam semasa menjadi panel program Podcast POV Sinar Islam Plus yang dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia. Kempen InsureLit merupakan satu program literasi kewangan bertujuan melengkapkan rakyat Malaysia dengan ilmu insurans dan takaful penting serta memupuk amalan kewangan yang positif.

Tambah Zahari, dalam pengaturan kadar dan ketentuan, faraid memiliki pecahan-pecahan tertentu yang ditetapkan oleh al-Quran, sementara wasiat hanya boleh mencapai satu pertiga dari jumlah harta. Namun, hibah tidak terbatas dalam hal kadar atau pecahan.

“Kepada mereka yang berhasrat untuk berwasiat, biarlah ia melibatkan harta pusaka yang bermanfaat dan diiktiraf oleh syarak, selain direkodkan serta membuat dokumentasi berkaitan untuk menunjukkan hasrat,” jelasnya.

Sungguhpun begitu, Zahari menegaskan ketiga-tiga kaedah pengurusan harta ini mempunyai hikmah, kepentingan dan kesesuaiannya tersendiri mengikut situasi masing-masing. Apa yang penting, kita melihat ketiga-tiga kedah ini sebagai hukum ALLAH SWT yang memandu kita untuk menguruskan harta.

"Islam itu sebenarnya amat fleksibel. Faraid, wasiat mahupun hibah, ketiga-tiga kaedah ini sebenarnya bertujuan untuk memandu kita untuk mengurus harta lebih awal,” katanya.

Melalui Hibah Bersyarat, takaful memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan dengan cara yang sesuai dengan prinsip-prinsip syariah, sambil memberikan lebih banyak pilihan kepada individu untuk menguruskan harta setelah kematian mereka.

Takaful Sun Heritage-i perlindungan sehingga RM5 juta

Bagi mereka yang merancang pengurusan harta pusaka, Sun Life Malaysia menawarkan produk pelan takaful Sun Heritage-i yang memberikan perlindungan sehingga RM5 juta tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan, serta tempoh pembayaran yang fleksibel.

Sebagai rakan takaful yang dipercayai, Sun Life Malaysia juga menawarkan perkhidmatan penamaan atas talian atau e-hibah yang pertama dalam negara untuk memudahkan pelanggan membahagikan harta kepada orang tersayang tanpa kekangan masa dan jarak.

No Image Caption
Play Icon



Jika anda ingin memahami lebih lanjut tentang fungsi hibah dalam pengurusan harta, boleh ikuti https://www.sunlifemalaysia.com/campaigns/takaful-podcast/.

Maklumat lanjut mengenai Sun Life Malaysia, layarilah www.sunlifemalaysia.com.