Teruja dapat ingat 1,000 perkataan bahasa Arab

Mat Ariff
Mat Ariff
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi pendidikan Think Quran mampu menjadi platform menyeronokkan buat pengguna yang ingin belajar setiap patah perkataan bahasa Arab dalam al-Quran.

Pesara, Mat Ariff Mohd Jaffar, 62, berkata, dia yang sebelum ini pernah berasa ragu-ragu namun kini teruja dan seperti tidak percaya dapat mengingati 1,000 perkataan bahasa Arab hanya dalam masa enam bulan.

“Sebut sahaja mengaji, memang semua orang pun membaca al-Quran, namun sekadar membaca tanpa ‘menggali’ maksud setiap baris mahupun ayat-ayatnya.

“Saya nampak memang Think Quran ini jalan pintas sebab kalau nak faham al-Quran, kita disuruh belajar bahasa Arab dahulu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd, di sini pada Selasa.

Menurut bekas jurutera itu, aplikasi tersebut adalah cara yang sangat efektif untuk mencapai tahap pemahaman dan banyak membantunya mengingati kosa kata yang terdapat di dalam al-Quran.

Aplikasi Think Quran adalah cara yang sangat efektif untuk mencapai tahap pemahaman dan mengubah perspektif pembacaan al-Quran.
Aplikasi Think Quran adalah cara yang sangat efektif untuk mencapai tahap pemahaman dan mengubah perspektif pembacaan al-Quran.

Katanya, Think Quran turut mengubah perspektif pembacaan al-Quran kerana peningkatan pemahaman ketika membaca al-Quran dapat dirasai setelah semakin lama menggunakannya.

“Dalam kejahilan membaca al-Quran tanpa memahaminya, kita berasa diri kita betul. Tetapi sebenarnya, kita mempunyai pilihan dan cara yang lebih baik untuk memperbaiki hubungan dengan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

“Saya sudah bersara jadi banyak waktu boleh fokus belajar. Saya peruntukkan lebih satu jam setiap kali selepas Subuh untuk guna Think Quran ini,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Mat Ariff, bahasa Arab perlu dilatih dan diamalkan secara kerap supaya setiap perkataan tersemat dalam ingatan.

“Apabila banyak sangat perkataan yang kita belajar kadangkala boleh terlupa. Kalau ikut saranan Think Quran, kita lihat, dengar, baca dan faham maka tak ambil masa lama untuk memantapkan bahasa Arab.

“Bahagian yang paling disukai adalah latih tubi yang disediakan dalam bentuk permainan dan ia boleh menguji sejauh mana saya hafal dan di mana terletaknya perkataan itu,” jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28