Pengerusi Bersatu Perlis tidak tunduk pada desakan

Ameir Hassan
Ameir Hassan
A
A
A

KANGAR - Pengerusi Bersatu Perlis, Ameir Hassan tidak akan tunduk pada sebarang desakan mahupun melayan permintaan sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu beliau melepaskan jawatan.

Menurutnya, desakan itu hanyalah desakan daripada askar upahan pihak tertentu.

Sebaliknya Ameir berkata, Bersatu Perlis akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

“Mereka itu, khususnya ketua kumpulan yang mengadakan sidang media, iaitu Timbalan Pengerusi Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim tidak layak untuk bercakap kerana beliau sedang melalui proses siasatan disiplin Bahagian Padang Besar,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil gesaan itu dibuat setelah kumpulan berkenaan diupah oleh pihak tertentu yang mahu melihat perpecahan dalam Bersatu selain berhasrat menjatuhkan kepimpinannya.

“Mereka mahu jatuhkan saya. Mereka bukan mewakili parti atau akar umbi. Bukan dasar kita untuk kumpul dan buat desakan. Kita akan ambil tindakan disiplin kepada ‘kepala-kepala’ terlibat ini,” katanya.

Ameir turut kesal apabila mereka mendakwa kononnya beliau sesuka hati memecat mana-mana pemimpin yang tidak disukai.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap Wan Saiful Wan Jan yang disifatkan cuba melakukan kekecohan dalam parti.

Artikel Berkaitan:

“Saya bawa Wan Saiful, dengan harapan untuk gantikan saya selepas ini. Dia seorang pemimpin yang cerdik, tetapi seseorang itu tidak akan jadi pemimpin yang baik kalau mahu jadi jaguh atau nak populariti semata-mata,” katanya.