16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 buah kereta dan tiga buah rumah di sekitar ibu kota rosak teruk akibat ditimpa pokok susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Katanya, hujan lebat dan angin kencang selama sejam pada 6 petang itu menyebabkan kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil yang menyebabkan kerosakan lima buah kereta serta di Taman Tasik Damai yang mengakibatkan kerosakan dua buah kereta.

Menurutnya, kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Radin dan Jalan Radin Anum di Sri Petaling yang mengakibatkan kerosakan tiga buah kereta manakala dua buah kereta lagi rosak terkena khemah peniaga yang diterbangkan angin.

"Dalam kejadian pokok tumbang di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama telah merosakkan dua buah kereta manakala kejadian sama di Jalan Jalil Jaya, Bukit Jalil menyebabkan dua buah kereta rosak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kejadian pokok tumbang juga menyebabkan kerosakan dua buah rumah di Bandar Baru Sri Petaling dan sebuah rumah di Taman Salak Selatan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: