Felcra selesai agih dividen

Ahmad Jazlan (dua dari kiri) beramah mesra dengan media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua UMNO Bahagian Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
Ahmad Jazlan (dua dari kiri) beramah mesra dengan media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua UMNO Bahagian Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Felcra Berhad selesai mengagihkan dividen berjumlah RM74 juta kepada 70,000 peserta di seluruh negara pada minggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ia melibatkan bayaran musim ketiga bagi tahun lepas.

“Jika harga meningkat, maka dividen juga bertambah.

"Pembayaran yang dibuat secara dalam talian itu sekali gus membolehkan peserta membuat keperluan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua UMNO Bahagian Kelantan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan turut menyifatkan Kelantan antara negeri yang menyedihkan apabila tidak memberi tanah kepada Felcra untuk dibangunkan manakala situasi itu berbeza dengan negeri lain.

“Kita akui beberapa negeri lain tidak boleh memberi tanah disebabkan negeri yang kecil seperti Perlis, Wilayah Persekutuan pula berdepan kekangan tanah.

“Kita faham bagi negeri berdepan kekangan seperti itu. Namun bagi Kelantan mereka tidak langsung mahu membantu rakyat dengan memberikan tanah kepada Felcra," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Jazlan memberitahu, sekiranya mereka berikan tanah kepada Felcra,nkerajaan negeri boleh menamakan sendiri peserta sama ada terdiri daripada penyokong mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!