KPDN lupus barang rampasan bernilai RM38.53 juta seluruh negara

Mohd Sayuthi (lima kiri) menunjukkan dakwat mesin pencetak yang akan di lupuskan di Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana pada Rabu.
Mohd Sayuthi (lima kiri) menunjukkan dakwat mesin pencetak yang akan di lupuskan di Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana pada Rabu.
A
A
A

PORT DICKSON - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melupuskan barang rampasan bernilai RM38.53 juta melibatkan pelbagai kesalahan di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar berkata, ia susulan penguatkuasaan dan pemeriksaan yang dijalankan pihaknya antaranya berkaitan bekalan,harga, cetak rompak, halal,penipuan atas talian dan sebagainya.

Menurutnya, berdasarkan statistik penguatkuasaan KPDN bermula 1 Januari hingga 31 Oktober lalu, sebanyak 713,745 premis telah diperiksa di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, 10,937 tindakan kes telah diambil melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM82.14 juta.

"Selain itu, sebanyak RM8.22 juta kompaun juga telah dikeluarkan membabitkan 8,519 kes di seluruh negara, manakala 96 kes pula tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM2.30 juta dalam tempoh yang sama," katanya.

Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa barang yang akan di lupuskan.
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa barang yang akan di lupuskan.

Menurutnya, sebanyak 1,490 kes barang sitaan telah dilupus dan dijadikan hasil kerajaan iaitu hasil sementara sebanyak RM5.51 juta, hasil jualan lelong, sebut harga, tender dan jualan terus sebanyak RM3.44 juta serta pemusnahan barang-barang kes bernilai RM29.58 juta.

"Nilai keseluruhan pelupusan barang kes yang dihasilkan adalah berjumlah RM38.53 juta.

Artikel Berkaitan:

Mohd Sayuthi (lima kiri) ketika melihat dakwat mesin pencetak yang akan di lupuskan.
Mohd Sayuthi (lima kiri) ketika melihat dakwat mesin pencetak yang akan di lupuskan.

"KPDN melalui tindakan penguatkuasaan telah mengutip sebanyak RM49.04 juta hasil dalam tempoh Januari sehingga Oktober lepas dan dijadikan hasil kerajaan," katanya.

Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana dekat sini pada Rabu oleh Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya iaitu pelupusan barang rampasan berkaitan dakwat mesin pencetak.

Lori yang membawa barang rampasan untuk di lupuskan di Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana pada Rabu.
Lori yang membawa barang rampasan untuk di lupuskan di Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana pada Rabu.

Ia di bawah Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] dan Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] yang bernilai RM2.9 juta melibatkan sembilan kes.

Kesemua barang rampasan akan dilupuskan di logistik "Scheduled Waste to Energy" menggunakan teknologi incinerator yang mana dari proses tersebut akan menjana tenaga elektrik untuk disalurkan kepada Grid Nasional.