Ronaldo inspirasi penyerang baharu Kedah

Milos Gordic (tengah) bergambar dengan penyokong KDA FC yang menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada petang Rabu.
Milos Gordic (tengah) bergambar dengan penyokong KDA FC yang menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada petang Rabu.
A
A
A

PENYERANG import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Milos Gordic menjadikan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sebagai sumber inspirasinya dalam sukan tersebut.

Pemain berasal dari Serbia itu mengakui meminati Ronaldo kerana gemar dengan corak serangan pantas dan tajam seperti dilakukan oleh penyerang itu bersama kelab Al Nassr di Arab Saudi.

Menurutnya, tempoh pramusim 2024-2025 diharapkan cukup untuk dia membentuk persefahaman bersama pemain lain membantunya di jentera serangan Sang Kenari.

"Saya meminati cara serangan seperti Christiano Ronaldo yang merupakan pemain kegemaran saya

"Mungkin saya tak setanding Ronaldo tetapi dengan fizikal seperti Ronaldo, saya mahu menjaringkan gol sepertinya," katanya yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada petang Rabu.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, reputasi tinggi dimiliki KDA FC di Liga Malaysia selain mempunyai jumlah penyokong besar menjadi sebab dia menyarung jersi Sang Kenari musim ini.

Menurutnya, harapan tinggi yang diletakkan penyokong kepadanya selaku penyerang pasukan akan digalas dengan menjalani latihan keras bagi mencapai persefahaman bersama pemain lain.

"Perasaan saya teruja lihat Kedah memilki nama yang besar dalam Liga Malaysia dengan jumlah penyokong yang begitu ramai.

Artikel Berkaitan:

"Saya hadir ke Kedah untuk menjaringkan gol tetapi saya perlukan masa untuk serasi dengan pasukan yang sedang dibentuk oleh jurulatih Nafuzi Zain," ujar pemain tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!