DPMM desak wujud program pembangunan bumiputera

Satu Program Pembangunan Bumiputera perlu diwujudkan agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas diberikan keutamaan pengagihan kontrak di Petronas pada masa akan datang. - Gambar hiasan, gambar kecil: Norsyahrin
Satu Program Pembangunan Bumiputera perlu diwujudkan agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas diberikan keutamaan pengagihan kontrak di Petronas pada masa akan datang. - Gambar hiasan, gambar kecil: Norsyahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendesak satu Program Pembangunan Bumiputera diwujudkan agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas diberikan keutamaan pengagihan kontrak di Petronas pada masa akan datang.

Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, pihaknya bersedia menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

"Terbukti syarikat bumiputera ramai yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan daripada diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera.

"Kami memuji tindakan pantas pihak pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut ini daripada berpanjangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Norsyahrin, satu pertemuan di antara DPMM dan Gentari Petronas telah diadakan di pejabat Pengurusan Gentari di Menara Petronas Tower 3 pada Rabu.

"Hasil dari perbincangan tersebut, pihak Gentari Petronas bersetuju dengan saranan DPMM agar diwujudkan konsortium terdiri daripada pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak Gentari Petronas," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: