Iftar Ala Madinah@Karangkraf: 100 peserta pertama daftar boleh tebus hadiah percuma

Suasana sekitar program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Dataran Karangkraf.
Suasana sekitar program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Dataran Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebagai tanda penghargaan, 100 peserta pertama yang mendaftar Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 dan memuat turun aplikasi Sinar Harian di telefon bimbit masing-masing berpeluang menebus hadiah percuma.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, pengunjung boleh menebus hadiah istimewa di reruai Sinar Harian setiap hari bermula Jumaat (29 Mac 2024) hingga hari terakhir iaitu 5 April ini.

"Pemberian hadiah percuma ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan yang diberikan kepada program hingga mendapat sambutan sambutan luar biasa pada tahun ini. Setiap hari hampir 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara ini.

"Sinar Harian berbesar hati untuk memberikan hadiah percuma kepada pengunjung. Acara ini juga sebagai tambahan kepada aktiviti menarik lain yang disediakan setiap hari.

"Pengunjung hanya perlu menunjukkan bukti pendaftaran dan muat turun aplikasi Sinar Harian di Google Play dan Apps Store," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Nik Justin, orang ramai yang berminat untuk menyertai majlis berbuka puasa beramai-ramai itu dinasihatkan supaya membuat pendaftaran lebih awal bagi memastikan makanan disediakan mencukupi.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Program itu bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Artikel Berkaitan:

Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!