Wardah Kahf sediakan 1,500 cenderamata

Setiap hari 300 pengunjung terawal yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf akan menerima cenderamata daripada Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics yang bernilai RM50
Setiap hari 300 pengunjung terawal yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf akan menerima cenderamata daripada Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics yang bernilai RM50
A
A
A

SHAH ALAM - Pharmacore Technology and Innovation (Paragon) melalui jenama Wardah Beauty, Kahf dan Emina Cosmetics menyediakan 1,500 cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Pegawai Perhubungan Awam Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd, Syukrina Mohtar berkata, setiap hari 300 pengunjung terawal yang hadir akan menerima cenderamata bernilai RM50.

"Hadiah yang diberikan ini sesuai bagi semua peringkat umur dan jantina iaitu Kahf untuk lelaki, Emina bagi remaja dan Wardah pula boleh digunakan semua orang.

"Selain itu, kita juga mahu memperkenalkan produk berkenaan kepada lebih ramai dan meyakinkan mereka bahawa ia selamat untuk digunakan serta mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

SYUKRINA
SYUKRINA

Tambah Syukrina, Wardah telah melancarkan kempen Ramadan iaitu Teruskan Langkah Baikmu selaras dengan matlamat produk berkenaan untuk menyediakan produk berkualiti tinggi serta disesuaikan dengan keperluan wanita Islam moden.

Salah seorang pengunjung menerima cenderahati daripada Kahf ketika hadir pada majlis Iftar Ala Madinah@Karangkraf, semalam.
Salah seorang pengunjung menerima cenderahati daripada Kahf ketika hadir pada majlis Iftar Ala Madinah@Karangkraf, semalam.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ia bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada individu bagi membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Zafirah A Rahman, 27, meluahkan rasa gembira apabila menerima cenderamata daripada Wardah kerana dia merupakan pengguna produk tempatan tersebut.

ZAFIRAH
ZAFIRAH

Sebagai pengguna produk berkenaan, dia mengakui sangat teruja apabila menerima hadiah kerana ia merupakan salah satu jenama yang digunakan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah.

Turut berkongsi pendapat, Pengurus Sime Darby, Irwan Khalil, pemberian cenderamata itu merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memperkenalkan produk daripada Paragon.

IRWAN
IRWAN

"Saya tidak pernah cuba pakai mana-mana produk daripada syarikat berkenaan, ini kali pertama saya mengetahui mengenainya. Insya-ALLAH, kalau sesuai dengan kulit saya akan beli sendiri nanti.

"Terima kasih Kahf atas pemberian hadiah, semoga murah rezeki dan satu idea yang menarik kerana dapat menghiburkan pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangraf ini," ujarnya.